fbpx
Home ยป 8 meninggal akibat COVID-19, kes harian 4,204
Berita Dalam Negara Covid-19

8 meninggal akibat COVID-19, kes harian 4,204

Gambar hiasan. Pesakit COVID- 19 tahap 3 dan 4 dirawat di Hospital Kuala Lumpur. – Foto fail NSTP

PUTRAJAYA: Lapan kes kematian akibat COVID-19, dengan kes jangkitan harian kembali melepasi 4,000 dilaporkan semalam.

Dua daripada kes kematian berlaku di luar fasiliti kesihatan (BID), menjadikan angka korban meningkat kepada 35,985 kes dan 7,646 kes daripadanya, meninggal dunia sebelum bantuan perubatan dapat diberikan.

Laman web COVIDNOW merekodkan 4,204 kes jangkitan baharu semalam, berbanding 3,213 kes hari sebelumnya.

Pertambahan kes berkenaan membabitkan 4,201 kes penularan tempatan dan tiga kes import, yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan COVID-19 di negara ini meningkat kepada 4,687,470 kes.

Setakat semalam, sebanyak 44,278 kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dilaporkan dan daripada jumlah itu, 96.3 peratus sedang menjalani kuarantin wajib di rumah manakala 1,537 kes dirawat di hospital.

Seramai 56 individu kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 36 memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 24 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Sementara itu, sebanyak 4,582 kes sembuh dilaporkan setakat semalam, menjadikan jumlah individu pulih sepenuhnya daripada jangkitan berkenaan adalah 4,607,207 kes.

BH

Mengenai Penulis

SBN Admin

error: Content is protected !!