Site icon Sabah Baru News

“Rindu umi, papa dan kakak, adik sekarang tinggal seorang…” Luahan Adam buat netizen ‘mata berair’

“Rindu umi, papa dan kakak, sekarang tinggal seorang…” Luahan Adam buat netizen ‘mata berair’. “UMI tak ada darah, papa pun tak darah …”

Itu luahan seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun, Raif Adam Lutfan Remyzan yang kini telah bergelar yatim piatu selepas seluruh keluarganya maut dalam kemanlangan di Pintasan Kajang atau lebih dikenali sebagai Kajang Bypass.

Tragedi itu kini menjadi noktah hitam dalam hidup kanak-kanak ini.

Mungkin Adam terlalu muda untuk memahami apa yang menimpa keluarganya.

Kemalangan yang membabitkan kereta dipandu arwah bapanya Remyzan Baharudin, arwah ibunya Suzyla Ahmad Dahlan dan arwah kakaknya Raiha Syuhaida Remyzan telah mera*gut kebahagian Adam dalam sekelip mata.

Adam yang ketika itu juga berada dalam kenderaan terselamat dengan mengalami kecederaan di bahagian rusuk.

Kini, Adam terpaksa menumpang kasih bersama ibu saudaranya, Azlin Baharudin dan suaminya yang sanggup mengambil anak yatim piatu ini untuk berkongsi kasih serta berteduh di bawah satu bumbung dengan mereka.

Apa yang lebih menyayat hati, Ramadan dan Syawal buat Adam pada kali ini tanpa keluarga tercinta.

“Adam rindu umi, rindu papa dan kakak.

-sengatdaily

Exit mobile version