Site icon Sabah Baru News

Masyarakat perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca

KOTA KINABALU: Musim perayaan hujung tahun ini dilihat disambut dengan keadaan cuaca yang kurang baik dan masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Api-Api Datuk Christina Liew berkata, keadaan hujun berterusan sejak Khamis lalu telah menyebabkan pelbagai kejadian tidak diingini terjadi seperti rumah musnah akibat air pasang, banjir kilat, tanah runtuh dan kematian seorang wanita di Papar akibat pokok tumbang di rumahnya.


“Walaupun musim cuti adalah untuk bersuka ria dalam kalangan keluarga, tetapi masyarakat dinasihatkan untuk melihat amaran yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) khususnya di Sabah.


“Jauhi kawasan yang mudah terjejas dengan bencana alam seperti pantai, sungai, parit agar dapat mengelakkan daripada insiden buruk. Sentiasa berhati-hati apabila hendak pergi ke destinasi masing-masing,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.


Katanya, fenomena ombak besar yang berlaku pada Khamis lalu di Tanjung Lipat sangat berbahaya. Kejadian itu juga terjadi di beberapa tempat di negeri ini sehingga memusnahkan harta benda penduduk.

— Yap Siong Han

Exit mobile version