Site icon Sabah Baru News

Hajiji terima kunjungan hormat dua Timbalan Menteri Persekutuan dari Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada dua Timbalan Menteri Persekutuan dari Sabah di pejabatnya di Menara Kinabalu, pada Selasa.

Mereka ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud dan Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin.

Ini adalah kunjungan hormat pertama mereka kepada Hajiji selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri dalam Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kedua-dua menteri berkenaan telah memberi taklimat kepada Hajiji mengenai program yang akan dilaksanakan oleh mereka dan kementerian masing-masing dalam
membantu pembangunan negeri Sabah.

Hajiji yang mengalu-alukan pelantikan Mustapha dan Chan, yakin kedua-dua
pemimpin ini mampu membawa lebih banyak pembangunan kepada rakyat dan negeri ini mengikut kementerian masing-masing, termasuk melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Persekutuan.

— EDITOR

Exit mobile version