Site icon Sabah Baru News

Pakar beri amaran pasaran gelap judi akan muncul di Kedah

PETALING JAYA: Seorang pakar jenayah memberi amaran pengendali premis perjudian tanpa lesen akan mengambil kesempatan susulan keputusan kerajaan Kedah tidak memperbaharui lesen judi dan loteri di negeri itu.


P Sundramoorthy dari Universiti Sains Malaysia, berkata “bookie” haram ini sukar untuk dikesan.


“Pasaran gelap 4D akan berkembang pesat kerana lebih ramai kaki judi akan membantu pengendali ini,” katanya kepada FMT.


Sundramoorthy berkata, bookie ini akan lebih tersusun dan mengendalikan platform serupa seperti kasino dalam talian yang sah, selain sukar dikesan mahupun dihapuskan.


Selain kehilangan hasil cukai daripada kedai 4D yang sah, beliau berpandangan, mereka yang beroperasi di pasaran gelap akan cuba merasuah pihak berkuasa yang bertanggungjawab sebagai dorongan tidak mengambil tindakan.


Jelas beliau lagi, di sesetengah negara, pengendali judi seperti ini juga telah berjaya merosakkan tokoh politik.


Sundramoorthy berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pengawal selia komunikasi mesti memantau kesan pengharaman kedai 4D di Kedah.


“Semua perkara yang tidak diingini dalam mengharamkan pengendali 4D yang sah mesti dicegah,” katanya.


Menteri Besar Sanusi Md Nor mengumumkan larangan terhadap kedai 4D di seluruh negeri pada 14 Nov 2021, dan mengarahkan majlis tempatan untuk tidak memperbaharui lesen perniagaan tahunan mereka.


Kerajaan negeri memberikan penangguhan dengan lesen tidak boleh diperbaharui selepas 31 Dis 2022 kerana kelulusan persekutuan untuk kedai 4D berkuat kuasa sehingga tempoh itu.

— Predeep Nambiar

Exit mobile version