Site icon Sabah Baru News

Ewon kunjungi enam kampung di DUN Kadamaian

KOTA BELUD: Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick mengadakan program turun padang hari ini dengan mengunjungi enam buah kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.


Beliau meluangkan masa mengunjungi Kampung Sumbilingon, Tamu Darat, Lingkubang, Melangkap, Tambatuon dan Kiau.

Ewon meninjau kerosakan jalan di Kg.Tambatuon


Ewon menyampaikan bantuan dan sumbangan berupa bakul makanan kepada mangsa banjir di Kampung Pangi, Pompod dan Pahu.


Selepas itu beliau meluangkan masa menziarahi sebuah keluarga yang kematian ibu di Kampung Tamu Darat sebelum meneruskan program di Kampung Lingkubang.


Beliau kemudiannya melawat Kampung Melangkap untuk meninjau kerosakan tebing sungai dan jambatan gantung,
Manakala, di Kampung Tambatuon, Ewon meninjau kerosakan jalan raya dan jalan pertanian seterusnya meninjau kerja-kerja baik pulih jalan utama di Kampung Kiau.


Ewon berkata, walaupun sibuk sebagai menteri persekutuan dan Ahli Parlimen Penampang, namun keperluan penduduk Kadamaian tidak pernah diabaikan.


“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya akan sentiasa turun padang di kawasan Penampang dan Kadamaian selain memberi tumpuan kepada pembangunan usahawan dan koperasi di seluruh negara,” katanya.

— Hamzah Sanudin

Exit mobile version