Site icon Sabah Baru News

‘Warisan tidak diterima dalam kabinet’ – Shahelmey

KOTA KINABALU: Majlis Angkat Sumpah di Dewan Kunjungan, Istana Seri Kinabalu pada hari ini menyaksikan penyertaan tiga muka baharu daripada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) iaitu Datuk Christina Liew (PH), Phoong Jin Zhe (PH), dan Datuk James Ratib (BN).


Ketiadaan wakil daripada Parti Warisan (Warisan) di dalam kabinet kerajaan negeri Sabah itu menurut Timbalan Ketua Menteri III Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata merupakan antara keputusan yang dipersetujui bersama oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (PH) Sabah, dan lima ADUN Barisan Nasional (BN) Sabah.


“Ini merupakan satu daripada formula Kerajaan Perpaduan dgn rombakan kabinet baharu telah masukkan tiga muka baharu, dua PH dan satu BN.


“Daripada Warisan dan daripada satu kumpulan yang telah mengadakan penentangan terhadap Ketua Menteri itu memang kita telah persetujui bersama tidak akan menerima mereka”, ujar Shahelmey ketika ditemui media di luar Istana Seri Kinabalu pada Rabu.


Keputusan tersebut dipercayai rentetan peristiwa cubaan menjatuhkan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Datuk Seri Hajiji Haji Noor selaku Ketua Menteri Sabah.


Namun, perkara tersebut menurut Shafie merupakan sekadar dakwaan orang awam sahaja.

— Abdul Hafiz Mustadi

Exit mobile version