Site icon Sabah Baru News

Kerajaan Negeri lantik pengerusi baharu Qhazanah Sabah Berhad, Sabah Development Berhad

Hajiji bersama Dr. Yusof dan Poon selepas penyampaian watikah pelantikan. Masidi turut hadir.

KOTA KINABALU: Datuk Dr. Yusof Yacob dilantik sebagai Pengerusi cabang pelaburan Kerajaan Negeri, Qhazanah Sabah Berhad berkuat kuasa serta-merta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyampaikan watikah pelantikan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin itu dalam satu majlis ringkas di pejabatnya di Menara Kinabalu, di sini, hari ini.

Hajiji menyampaikan watikah pelantikan pengerusi Qhazanah Sabah Berhad kepada Dr. Yusof

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Haji Safar Untong turut hadir.

Dalam majlis sama, Hajiji turut menyampaikan watikah pelantikan kepada ADUN Tanjong Papat, Datuk Frankie Poon sebagai Pengerusi Sabah Development Berhad (SDB).

Hajiji menyampaikan watikah pelantikan pengerusi Sabah Development Berhad kepada Poon

Pelantikan Ketua DAP Sabah itu juga berkuat kuasa serta-merta.

Mengucapkan tahniah kepada Dr. Yusof dan Poon atas pelantikan itu, Hajiji berharap mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan syarikat milik kerajaan tersebut.

— EDITOR

Exit mobile version