Site icon Sabah Baru News

Nak rayu? Sila lalui Lembaga Rayuan, Rafizi beritahu Tian Chua

SHAH ALAM: Tian Chua perlu mematuhi proses parti jika mahu merayu pemecatannya, walaupun berharap Anwar Ibrahim memaafkannya, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Rafizi berkata, bekas naib presiden PKR itu harus mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan, dan tidak secara terbuka semata mata.
Katanya, tidak adil bagi ahli parti lain yang dipecat jika Tian Chua tidak mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan.
“Contohnya (Tian Chua) tidak buat rayuan (melalui Lembaga Rayuan), dia merayu terus kepada presiden (Anwar) … jadi serba salah dan sukar bagi yang lain (yang) kena pecat juga.
“Kita bagi ‘signal’ (isyarat) tak baik kepada ahli lain yang kita ada ‘double standard’ (pilih kasih),” katanya pada sidang media selepas menghadiri Konvensyen Pilihan Raya Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC).

Terdahulu, Tian Chua berharap Anwar yang juga presiden PKR memaafkannya kerana melanggar peraturan dan menerimanya semula sebagai ahli.


Keahliannya ditamatkan minggu lepas susulan tindakan bertanding sebagai calon bebas menentang calon PKR pada PRU15 November tahun lepas.


Beliau diberikan tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuan, namun bekas Ahli Parlimen Batu dua penggal itu, yang juga penyokong kuat Anwar, mengakui tidak mempunyai alasan “mempertahankan diri”.


Dalam pada itu, Rafizi berkata, rayuan perlu melalui Lembaga Rayuan kerana segala keputusan yang dibuat akan dibawa kepada Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.


“MPP akan buat keputusan akhir. Kalau masa itu, sudah ada bincang, rayu dengan presiden parti, dan presiden parti akan bawa kepada MPP.


“Buat rayuan di Lembaga Rayuan dan (selepas itu) buat rayuan lain, terpulang pada dia,” katanya.


Empat yang lain termasuk Puah Chee Haur (bahagian Parit Buntar), Ahmad Tarmizi Ghazali (Gopeng), M Mohganan (Taiping) dan Nur Khairunisa Abdullah (Sadong Jaya).

— Mohamad Fadli

Exit mobile version