Site icon Sabah Baru News

Joachim hari pertama masuk pejabat KKTP

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Datuk Seri Panglima Joachim Gunsalam tiba pada jam 10 pagi pada hari pertama beliau masuk ke pejabat KKTP di sini, hari ini.

Ketibaan Joachim disambut oleh Pembantu Menteri Datuk Isnin Aliasni bersama pegawai-pegawai Kementerian dan diberikan taklimat oleh Timbalan Setiausaha Tetap I Kementerian, Stanley Chong. 


Sebelum ini, Joachim memegang portfolio sebagai Menteri Pembangunan Perindustrian (MID) yang kini disandang oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang Phoong Jin Zhe. 


Hadir sama ialah Setiausaha Politik KKTP Yubidi Gompoyo serta pegawai-pegawai yang lain.

— Yap Siong Han

Exit mobile version