Site icon Sabah Baru News

Jeremy Renner patah 30 tulang

Pelakon yang popular dengan watak Hawkeye dalam siri Avengers, Jeremy Renner.

Los Angeles: Pelakon Jeremy Renner, 51, mengalami keretakan lebih 30 tulang pada badannya selepas terbabit dalam kemalangan pada 31 Disember lalu.

Renner yang melakonkan watak Hawkeye dalam siri filem Avengers terbitan Marvel Studios dirempuh jentera pembersih ais yang digunakan untuk mengorek keluar sebuah kenderaan di kediamannya.

Dia berkongsi perkembangan terbarunya yang masih dirawat di hospital ketika ini.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua atas mesej-mesej serta ingatan. Salam sayang dan penghargaan buat kamu semua.

“Semua lebih 30 tulang patah ini akan dibaiki,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Hantaran itu turut disertakan foto di mana Renner sedang dibantu kakitangan perubatan menjalani terapi fizikal.

Pelakon terbabit pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Academy atau Oscars menerusi lakonannya dalam filem The Hurt Locker. Filem itu berjaya menang Filem Terbaik anugerah berprestij itu pada 2008.

Pada 2010, dia dicalonkan dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik untuk lakonannya dalam filem The Town.

Selain membintangi filem siri Avengers, Renner turut berlakon dalam dua sekuel Mission: Impossible dan American Hustle.

hmetro

Exit mobile version