Site icon Sabah Baru News

SPRM siasat Qhazanah, salah guna kuasa lantik anak sebagai CEO syarikat

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mulakan siasatan terhadap isu membabitkan penyelewengan dan salahguna kuasa syarikat cabang pelaburan Qhazanah Sabah Berhad yang sebelum ini dipengerusikan oleh Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Sumber SPRM menyatakan sisatan itu berkisar kepada isu penjualan 45% kepentingan anak syarikat Qhazanah, Common Tower Technologies Sdn Bhd di pengerusikan Ghazali Ansing yang kecoh berhubung pembekuan RM80 juta akaun peribadinya.

Oktober tahun 2021 SPRM telah memanggil Ghazali bagi siasatan kes wang RM80 juta dan penjualan saham Common Tower tanpa kelulusan Lembaga Pengarah Qhazanah. Siasatan itu tertangguh sehinggalah banyak pendedahan mengenai Qhazanah Sabah dan anak syarikatnya didedahkan di laman sosial.

Siasatan juga bakal dibuat terhadap  Tuan Hj Mohd Shukor Abdul Mumin Pengarah Eksekutif Qhazanah salahguna kuasa melantik anaknya Al Zarefee Bin Mohd Shukor sebagai CEO Qhazanah Technology Sdn Bhd (dulu WHSB TECHNOLOGY  SDN. BHD).

Al Zarefee dilantik CEO dan ahli Lembaga pengarah syarikat itu sejak 1 Ogos 2022 dan bapanya sendiri sejak 13 November 2020. Syarikat yang dikendalikan anak Mohd Shukor ini dilaporkan mengalami kerugian.

SPRM bakal menyerbu Qhazanah untuk mendapatkan dokumen tertentu.

“Bagaimanapun masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut berikutan siasatan SPRM masih di peringkat awal.

“Pihak SPRM memerlukan lebih masa untuk menyemak kes itu secara menyeluruh dan mengesan sebarang kegiatan rasuah, salah laku kuasa atau penyelewengan,” kata sumber

Tuan Hj Mohd Shukor Abdul Mumin setakat ini belum meletak jawatan sebagai Pengarah Eksektif susulan kontraknya disambung tahun lalu oleh Salleh Said. Beliau dilaporkan tidak akan meletak jawatan sekalipun didesak berbuat demikian.

Bagaimanapun siasatan SPRM mungkin akan mengubah kedudukan itu.

Datuk Dr Yusof Yacob Pengerusi Qhazanah pastinya akan bertindak akan menstruktur semula Qhazanah.

SPRM pula digesa menyegerakan siasatan di Qhazanah termasuk kes Common Tower Technologies Sdn Bhd.

*Sabahbigmouth ialah seorang penulis dan pemerhati politik Sabah. Tulisan ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version