Sekalipun siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah bermula di Qhazanah Sabah Berhad berhubung penjualan 45% kepentingan anak syarikat Qhazanah, Common Tower Technologies Sdn Bhd oleh Salleh Said Keruak dan Ghazali Ansing namun setakat ini Tuan Hj Mohd Shukor Abdul Mumin Pengarah Eksekutif Qhazanah tidak mahu meletak jawatan daripada Qhazanah.
Siasatan juga dibuat terhadap Tuan Hj Mohd Shukor Abdul Mumin berhubung salahguna kuasa melantik anaknya Al Zarefee Bin Mohd Shukor sebagai CEO Qhazanah Technology Sdn Bhd (dulu WHSB TECHNOLOGY SDN. BHD).
Al Zarefee dilantik CEO dan ahli Lembaga pengarah syarikat itu sejak 1 Ogos 2022 dan bapanya sendiri BOD sejak 13 November 2020. Syarikat yang dikendalikan anak Mohd Shukor ini dilaporkan mengalami kerugian.
Qhazanah dah menjadi tempat perniagaan bapa dan anak atau business keluarga. Boleh ugut kerajaan nak buang dia bayar pampasan berjuta kepada dia.
Shukor diarah bercuti kerana siasatan SPRM namun enggan meletak jawatan kerana mahu Kerajaan dan Qhazanah membayar pampasan atau baki kontraknya di Qhazanah yang disambung oleh Datuk Seri Salleh Tun Said. Gajinya sekarang sebagai Pengarah Eksekutif Qhazanah dibayar lebih RM100 ribu sebulan. Apa kelebihan dia dibayar semahal itu? Qhazanah untung banyak?
Pendapatannya belum termasuk bayaran rasuah syarikat-syarikat ‘kawtim’ dengannya hidup mewah di Kg Kota Belud dan membina rumah RM3 juta tersergam besar di kampung itu.
*SabahbigMouth (Bukan nama sebenar)ialah seorang penulis dan pemerhati politik Sabah. Artikel ini adalah berdasarkan kepada pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Sabah Baru News