Site icon Sabah Baru News

Saya takkan rayu pemecatan daripada Umno – KJ

PETALING JAYA: Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak akan merayu terhadap pemecatannya daripada parti itu.


Bercakap di Breakfast Grille bersama BFM, beliau berkata tidak ada gunanya merayu keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno untuk memecatnya apabila mereka yang mahu dia keluar kekal dalam parti.


“Merayu bermakna merayu kepada entiti sama yang memecat saya serta merta.


“Saya hanya mahu pertandingan secara terbuka untuk (dua) jawatan tertinggi susulan prestasi buruk Umno pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang lalu,” katanya.


Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Rembau itu menambah, beliau tidak berdendam dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan masih menganggapnya sebagai rakan.


Khairy dipecat pada Jumaat kerana melanggar disiplin parti semasa pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

— FMT

Exit mobile version