Site icon Sabah Baru News

Maximus, Dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah yang baharu

KOTA KINABALU: Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), hari ini.

Maximus menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor selepas menerima watikah pelantikannya di pejabat Ketua Menteri di Menara Kinabalu, di sini.

Katanya, pelantikannya adalah satu penghormatan bagi Parti Bersatu Sabah.

“Saya akan berusaha untuk berkhidmat kepada ECoS dan industri tenaga Sabah dengan sebaik mungkin,” kata Maximus yang mempunyai pengalaman luas sebagai menteri persekutuan empat penggal, termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

Presiden PBS, yang juga ahli parlimen enam penggal dari 1995 hingga 2022, menegaskan Sabah mempunyai kekuatan dan potensi yang sangat besar dalam sumber tenaga terutamanya dalam sumber boleh diperbaharui hijau seperti solar, hidro, angin dan biojisim

“Kami akan memastikan sebarang isu berkaitan ECoS akan dilaksanakan demi kebaikan Sabah dan rakyat Sabah,” k

— EDITOR

Exit mobile version