Site icon Sabah Baru News

Kerajaan PH-BN jadikan agensi kerajaan alat untuk bunuh kredibiliti BERSATU, PN

KUALA LUMPUR – BERSATU kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) menjadikan agensi kerajaan sebagai alat mencapai matlamat politik untuk membunuh kredibiliti BERSATU dan Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata parti itu bagaimanapun akan terus memberi kerjasama dalam siasatan yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya fitnah dapat dihentikan segera susulan pembekuan akaun milik parti itu.

“Saya merujuk kepada laporan berita mengenai pembekuan akuan bank BERSATU oleh SPRM. BERSATU dapat menerima alasan bahawa langkah yang diambil SPRM adalah sebahagian daripada proses siasatan mereka terhadap fitnah yang dilemparkan kepada BERSATU.

“Pemimpin dan pegawai parti BERSATU yang diminta memberi keterangan kepada SPRM juga sudah diarahkan memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kenyataan Media Setiausaha Agung Bersatu

Mengulas lanjut, Hamzah berkata, pihaknya yakin rakyat sentiasa sedar mengenai strategi jelek PH-BN, yang mahu memesong perhatian rakyat daripada kelemahan, kegagalan serta amalan nepostime kerajaan mereka.

“BERSATU sentiasa tegas dengan prinsip integriti dan tadbir urus yang baik. Semua ahli BERSATU dan pemimpin semua peringkat diminta bersabar dan terus beristiqamah dalam menghadapi ujian serta fitnah ini,” katanya.

EDITOR

Exit mobile version