Site icon Sabah Baru News

Ketua Menteri terima kunjungan hormat Hannah Yeoh & Duta Jepun Ke Malaysia

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima
kunjungan hormat daripada Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Puan Hannah Yeoh
di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.


Ini merupakan kunjungan pertama Hannah setelah dilantik ke jawatan itu, tahun lalu.


Beliau memberi taklimat ringkas kepada Hajiji mengenai program dan aktiviti kementerian yang telah dan akan dilaksanakan di Sabah.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menerima cenderamata daripada Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Puan Hannah Yeoh semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.


Hajiji berharap Hannah akan membantu Sabah meningkatkan lagi kemudahan
infrastruktur belia dan sukan di negeri ini, termasuk menaik taraf infrastruktur sedia ada.


Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyampaikan cenderamata kepada Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko semasa menerima kunjungan hormat beliau di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.


Ini merupakan kunjungan kali kedua Takahashi kepada Hajiji.


Beliau memuji usaha gigih dan inisiatif Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Hajiji
membangunkan Sabah menerusi Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya
(SMJ).


Hajiji berharap dengan hubungan baik diantara negara Jepun-Malaysia dan Sabah,
lebih ramai pelabur dari Jepun akan melabur di negeri ini, selain kedatangan lebih ramai
pelancongan dari negara matahari terbit.

— EDITOR

Exit mobile version