Site icon Sabah Baru News

Semangat perjuangan tempatan lebih inklusif- Mohd Shahril

KOTA KINABALU: Barisan kepimpinan baharu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) yang diterajui Presidennya, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor diyakini mampu memberi suntikan baru yang dapat memperjuangkan nasib rakyat Sabah.


Ketua Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Bahagian Beaufort, Mohd Shahril Osin (gambar) berkata, keyakinan itu berdasarkan agenda parti yang jelas iaitu Sabah Diutamakan, Sabah Melangkah ke Hadapan, Sabah Maju Jaya dan Sabah yang Bersatu.


Selain itu katanya, Gagasan Rakyat juga turut mengetengahkan kesamarataan kaum bumi dan gambaran tersebut jelas memberi peluang kepada seluruh pimpinan serta ahli untuk sama-sama menerajui parti, berjuang membela nasib rakyat.


“Ciri-ciri yang ada dalam parti ini (Gagasan Rakyat) sudah tentu dapat menjadi platform untuk menyuarakan suara anak Sabah yang mana akan dijadikan sebagai tunjang dalam perjuangan sebuah parti.


“Yang pasti parti ini adalah sebuah parti yang diwakili seratus peratus anak tempatan dan hasilnya sudah tentu dapat memperkasakan empat tonggak dalam perjuangan GRS, ” katanya.


Tambah Mohd Shahril lagi, platform anak tempatan menerusi parti Gagasan Rakyat, sudah tentu memberi ruang dan peluang untuk meneruskan matlamat asal iaitu, membina Sabah ke tahap yang lebih baik dan maju terutama sekali dalam aspek pembangunan.


“Pastinya formula pimpinan tempatan ini akan menjamin semangat perjuangan anak Sabah untuk terus memperjuangkan hak-hak Sabah bagi melonjakkan agenda perjuangan dan kepentingan negeri dalam dalam Persekutuan Malaysia, ” katanya.


Hajiji yang juga Ketua Menteri secara rasmi mengambil alih tampuk kepimpinan Parti Gagasan Rakyat susulan Mesyuarat Agung Khas (EGM) parti yang diadakan pada Ahad lepas.


Hajiji yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, dengan langkah ini semua ahli kini mempunyai wadah politik yang 100 peratus tempatan untuk meneruskan perjuangan mereka kepada rakyat dan negeri.


“Dua ciri utama Gagasan Rakyat yang menjadi faktor penarik saya dan rakan-rakan untuk bersama-sama dalam parti ini ialah parti berbilang kaum yang membawa citra inklusiviti dan parti suara anak Sabah yang mengangkat citra perjuangan tempatan.


“Ini juga faktor yang meyakinkan rakan-rakan dalam GRS untuk menerima segera Gagasan Rakyat sebagai rakan komponen terbaharu mereka,” katanya pada EGM Gagasan Rakyat yang dihadiri lebih 150 ahli di sini.


Jelas Hajiji lagi, komponen GRS sudah lama menyatakan hasrat agar gabungan itu menjadi platform tempatan dalam erti kata sebenar, iaitu semua rakan kongsi menjadi parti tempatan.

— Kenneddy Corlleus

Exit mobile version