Site icon Sabah Baru News

Pegawai perubatan didakwa cabul pesakit kanak-kanak dalam wad

Suspek (dua dari kanan) direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Seorang pegawai perubatan sebuah hospital di daerah ini ditahan kerana disyaki mencabul seorang pesakit kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di dalam wad pada kelmarin.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, siasatan awal mendapati lelaki berusia 30 tahun berkenaan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa.

“Mangsa yang merupakan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang ditahan di dalam wad bagi rawatan diabetes.

“Suspek didakwa telah membuka baju dan meraba dada mangsa yang ketika itu bersendirian di dalam bilik wad hospital pada pukul 6 petang, Rabu lalu,” katanya di sini hari ini.

Rohaimi berkata, pegawai perubatan itu juga disyaki turut mengambil gambar mangsa menerusi telefon bimbitnya.

Sementara itu di Mahkamah Majistret di sini hari ini, suspek direman selama tujuh hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan kes cabul berkenaan.

KOSMO! ONLINE

Exit mobile version