Site icon Sabah Baru News

Hampir seribu hadir pada Pesta Tahun Baharu Cina Foh Sang 2023

KOTA KINABALU: Hampir seribu penduduk dari sekitar bandaraya ini termasuk Luyang hadir memeriahkan majlis sambutan Pesta Tahun Baharu Cina Foh Sang 2023 pada malam Sabtu.

Persembahan berkenaan dimulakan dengan tarian singa serta tarian oleh kanak-kanak dari Tadika Bersatu Luyang.


Hadir memeriahkan suasana ialah Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.


Turut hadir ialah Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Chin Shu Phin, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Luyang Gee Tien Siong dan ramai lagi.


Selepas persembahan nyanyian daripada para artis jemputan, tetamu-tetamu kehormat dijemput ke pentas untuk menyempurnakan upacara memotong Kuih Tahun Baharu Cina, kemudian diikuti penyerahan cendera kenangan serta penyerahan ang pau kepada kanak-kanak yang membuat persembahan.


Para hadirin dan tetamu kemudiannya turut menyaksikan persembahan tarian naga serta singa yang bertenaga.


Pihak penganjur turut memberikan minuman percuma serta ais krim percuma kepada orang awam yang hadir dalam majlis berkenaan.

— Yap Siong Han

Exit mobile version