Site icon Sabah Baru News

Keputusan BN menyokong Hajiji satu tindakan tepat – Najib

KOTA KINABALU: Tindakan Barisan Nasional (BN) yang memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor adalah satu keputusan tepat.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Santun Kasih Sabah (PERSANTUN) Datuk Najib Tay Abdullah berkata, ia merupakan satu sikap keterbukaan yang ditunjukkan BN dan mempunyai nilai setia kawan yang tinggi.


Katanya, adalah tidak wajar kepada pihak yang mahu menggulingkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).


“Tindakan sesetengah pihak yang mahu menggulingkan kerajaan GRS sebelum ini adalah tidak masuk akal,” katanya dalam kenyataan berikutan keputusan BN mengumumkan untuk memberikan sokongan padu kepada Hajiji, hari ini.


Katanya, sebagai rakyat Sabah beliau mahu melihat wujudnya kestabilan politik yang berpanjangan bagi membangunkan ekonomi negeri.


Beliau menyeru agar semua pihak berhenti berpolitik dan sudah tiba masanya untuk memberikan tumpuan bagi membangunkan Sabah.

— Yap Siong Han

Exit mobile version