Site icon Sabah Baru News

Jeffrey nafi dakwaan Shafie

KOTA KINABALU: Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan menafikan dakwaan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa tiga Adun yang meninggalkan parti itu baru-baru ini, dibeli oleh GRS.

“Tiada perkara seperti itu… itu adalah tuduhan melulu,” katanya ringkas ketika diminta mengulas mengenai perkara itu selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Jabatan Perikanan Sabah dan Petronas, di sini, Jumaat.

Rabu lalu, Shafie dilaporkan berkata beliau mempunyai bukti bahawa seorang Adun Warisan telah dihubungi oleh GRS yang diketuai oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Semasa perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja di Parlimen, Shafie mendakwa beliau mempunyai video Adun partinya dihubungi pihak tertentu.Shafie yang juga ahli parlimen Semporna turut mendakwa Adun itu ditawarkan projek bernilai RM3 juta.

Tiga ADUN Warisan keluar parti isytihar bebas serta menyokong kepimpinan Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Tiga Adun dari Warisan telah mengumumkan bahawa mereka keluar parti pada 6 Februari.Mereka ialah Adun Kunak Norazlinah Arif, Mohammad Mohamarin (Banggi) dan Ben Chong Chen Bin (Tanjong Kapor).

— Ricardo Unto

Exit mobile version