Site icon Sabah Baru News

Ketua Menteri terima kunjungan hormat daripada Shell Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengerusi Shell Malaysia Country baharu Siti Hurairah Sulaiman mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, hari ini.


Ketika dalam kunjungan hormat berkenaan, Siti menyampaikan perkembangan terkini Shell Malaysia dan operasinya di Sabah kepada Hajiji.

Siti memberikan maklumat terkini perniagaan mengenai Shell Malaysia dan operasinya di Sabah kepada Ketua Menteri.


Siti yang juga Naib Presiden Kanan Upstream Malaysia dilantik Pengerusi Shell Malaysia Country pada 1 Januari 2023.

TERIMA KASIH: Hajiji (tiga kanan) menyampaikan cendera kenangan kepada Siti selepas kunjungan hormat berkenaan.


Beliau merupakan wanita pertama di negara memegang jawatan dalam syarikat minyak multinasional di Malaysia.


Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Pengerus Besar Sabah Shell Petroleum Company Ltd yang bertanggungjawab terhadap aktiviti operasi gas di Sabah serta Shell upstream oil untuk empat tahun sejak 2011.


Turut hadir dalam kunjungan hormat berkenaan ialah Pengerah Perhubungan Korporat Cindy Lopez, Pengurus Besar Sabah Deepwater Assets Wong Kim Mun dan Pengurus Besar Perhubungan Korporat Malaysia Timur Jonathan Jolly.

— Yap Siong Han

Exit mobile version