Site icon Sabah Baru News

BERSATU terima peletakan jawatan Wan Saiful – Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan peletakan jawatan Datuk Wan Saiful Wan Jan selaku Ketua Penerangan parti, berkuat kuasa hari ini.


Beliau dimaklumkan perkara itu ketika berjumpa Wan Saiful yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor pagi tadi.

Datuk Wan Saiful Wan Jan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya semalam.


Bagaimanapun katanya satu surat peletakan jawatan rasmi akan dihantar kepadanya hari ini.


“Saya sudah menerima peletakan jawatan Ketua Penerangan berkuat kuasa hari ini oleh Wan Saiful ketika berjumpa pagi tadi.


“Beliau akan hantar surat (peletakan jawatan) hari ini, Insya-Allah,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Misi dan Dana Bantuan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) – Gempa Bumi Turkiye dan Syria di Parlimen hari ini.


Terdahulu Wan Saiful mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan sebagai Ketua Penerangan BERSATU susulan pendakwaan dikenakan terhadapnya semalam.


Beliau berkata hasrat itu sudah dimaklumkan kepada Muhyiddin dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan terpulang kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk membuat keputusan.


Katanya, tindakan itu dibuat bagi memberi tumpuan untuk membersihkan namanya terlebih dahulu yang menjadi prinsip selama ini.

— Fahmy A Rosli

Exit mobile version