Site icon Sabah Baru News

Mekanisme atasi isu harga racun, baja melonjak perlu diwujud segera – Masiung

KOTA KINABALU: Satu mekanisme perlu segera dibangunkan untuk mengatasi isu harga racun dan baja yang melonjak naik sehingga mencecah dua kali ganda berbanding harga asal sebelum ini. 


Wakil Rakyat Kuamut Datuk Masiung Banah berkata sekiranya kenaikan harga bahan pertanian itu sukar dikawal maka kerajaan perlu memberikan subsidi kepada pekebun kecil yang terkesan.


“Saya mendengar rintihan warga petani yang tertekan dengan kos bahan pertanian yang melambung ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi kini.


“Sebagai pemimpin akar umbi, saya sendiri terkejut dengan harga bahan input pertanian yang melonjak itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Masiung yang juga Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berharap agar Kementerian Perusahan Perladangan dan Komuditi (KPPK) mengemukan usul bantuan dalam Bajet Khas 2023 yang dibentangkan hari ini.


Bercakap lanjut beliau berharap kementerian berkaitan di peringkat persekutuan tidak seharusnya mengabaikan masalah tersebut sebaliknya perlu mencari penyelesaian agar pekebun kecil tidak dibelenggu dengan harga tinggi bahan kimia itu. 


“Kerajaan pada ketika itu bagaimanapun gagal mengawal kenaikan harga bahan kimia berkenaan menyebabkan ianya terus melonjak sehingga mencecah dua kali ganda kini,” katanya.


Tambahnya racun rumpai bagi empat liter per gelen turut meningkat kepada RM120 berbanding hanya RM55 bagi jumlah sama sebelum itu.

— Vivi Olviana Najurus

Exit mobile version