Site icon Sabah Baru News

Program Selembut Kasih dilaksana di kesemua DUN sempena Ramadan

KOTA KINABALU: Sepanjang bulan Ramadan ini, 50 kenderaan membawa kuih akan bergerak ke 73 Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.


Makanan sumbangan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad menerusi Program Selembut Kasih Ramadan akan diedarkan kepada penduduk di kesemua DUN berkenaan.


Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad Datuk Dexter Lau menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Datuk Awang Kadin Tang, disaksikan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Menara Kinabalu, hari ini.


Dalam pada itu, Hajiji memuji usaha murni syarikat berkenaan untuk melaksanakan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk meringankan beban rakyat sempena bulan puasa ini dan perkara itu akan diurus selia UPPM Sabah.


Hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Titingan, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Fairuz Renddan dan semua PPM dari 73 DUN.

— Yap Siong Han

Exit mobile version