Site icon Sabah Baru News

Dr Jeffrey rasmikan Dewan Terbuka Persatuan Xuan Long Sabah

TAMBUNAN: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkesempatan merasmikan Dewan Terbuka Persatuan Xuan Liong Sabah dekat Tambunan, baru-baru ini.


Dr Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan ketika berucap pada majlis itu memberitahu, dewan tersebut merupakan dewan budaya masyarakat Tiong Hua yang berperanan sebagai pusat adat budaya Tiong Hua.


“Dewan ini adalah untuk memperkenalkan kepada masyarakat disamping dijadikan sebagai pusat mengajar kemahiran seni dram dan tarian singa kepada generasi muda.


“Pada masa sama ia juga bertujuan mengajar tentang adat budaya masyarakat Tiong Hua kepada masyarakat umum, ” kata Dr Jeffrey semasa berucap pada majlis perasmian Dewan Terbuka Persatuan Xuan Liong Sabah.


Semasa dalam ucapan, Dr Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau memberitahu, sebanyak 16 persatuan telah menghadiri majlis berkenaan.


Mengenai dewan tersebut, beliau yakin dengan adanya tenaga-tenaga pengajar profesional dan berpengalaman ianya diyakini dapat memantapkan lagi kebolehan para pelajar khususnya pemain dram serta tarian singa.


“Difahamkan terdapat tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman seperti Master Andrew Tap Teck Soon, pusat seni budaya tersebut dapat memantapkan lagi kemahiran pemain-pemain dram dan tarian singa serta memperluaskan budaya Tiong Hua.


Turut hadir Pegawai Daerah Tambunan, Sobitun Makajil; Pegawai Pembangunan Masyarakat Tambunan, Alexius Kiob; Pegawai Pembangunan Masyarakat Tiong Hua Parlimen Keningau, Clement Liew; Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Bandar, Welvin Chang Zhi Wei; Pengerusi Persatuan Tarian Singa & Naga Xuan Long Sabah, Allen Yong Chang Zhi Wei; Kapitan Cina Tambunan, Geoffrey Yong; Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Tambunan, Appolonius Jimi; dan The Founder & Head Coach Malaysia Xuan Long Sports Association Kuala Lumpur, Master Andrew Tap Teck Soon.

–!Kenneddy Corlleus

Exit mobile version