Site icon Sabah Baru News

Bomba selamatkan lelaki mangsa bot karam di Semporna

Pasukan bomba menyelamatkan mangsa bot karam itu. – Ihsan Bomba

SEMPORNA: Seorang lelaki berdepan detik cemas apabila botnya karam akibat dipukul ombak di sini kelmarin. 

Mujur kejadian pada kira-kira jam 2 petang itu berlaku di hadapan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Air, Semporna.

Ketua BBP Air Semporna, PBKI Abdul Kadir Ab. Halalan berkata, panggilan kecemasan diterima menerusi talian balai pada jam 2.11 petang dan sepasukan enam anggota diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi.

“Setibanya kami di sana, kita mendapati sebuah bot karam dipukul ombak di hadapan BBP Air Semporna dan terdapat seorang mangsa lelaki terlibat,” katanya.

Pasukan bomba berjaya menyelamatkan mangsa yang dibawa naik ke atas bot Kevlar KCB-11 Bomba.

“Seterusnya bot mangsa ditarik ke pesisiran pantai. Mangsa dilaporkan dalam keadaan selamat,” katanya, sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 2.38 petang kelmarin.

wartaoriental

Exit mobile version