Site icon Sabah Baru News

Mangsa banjir di Sabah, Sarawak meningkat

Beberapa penduduk Kampung Ketiau meredah banjir ketika menunaikan solat di Masjdi Kampung Ketiau. – Foto BERNAMA

SITUASI banjir di Sabah dan Sarawak semakin memburuk dengan peningkatan jumlah mangsa banjir di kedua-dua negeri berkenaan.

Berdasarkan data dikeluarkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah keseluruhan mangsa banjir meningkat kepada 430 orang daripada 95 buah keluarga, setakat jam 4 pagi, hari ini.

Sabah mencatatkan 142 mangsa banjir daripada 36 keluarga dan daerah terjejas antaranya Beaufort, Papar dan Penampang.

Sebanyak empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka di negeri tersebut setakat ini di Dewan DSP Mohd Dun Banir, Kompleks Latihan dan Pemulihan Orang Kurang Upaya, Papar, Dewan Kebudayaan, Penampang dan Dewan PPR Sri Keramat, Putatan.

Manakala Sarawak mencatatkan 38 mangsa banjir daripada sembilan keluarga dan Kapit serta Miri menjadi daerah terjejas setakat ini.

Tiga buah PPS turut dibuka di Negeri Bumi Kenyalang itu bagi menempatkan mangsa banjir di Asrama KPSU, Kapit, Dewan Masyarakat Bekenu dan Dewan Masyarakat Sepupok Niah.

AWANI

Exit mobile version