Site icon Sabah Baru News

Kerajaan Pusat diminta benarkan Sabah tubuh OSC

TAWAU: Kerajaan Pusat digesa supaya menurunkan kuasa kepada Sabah menubuhkan Pusat Kelulusan Setempat (OSC) untuk pekerja asing di negeri itu.


Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui berkata, Penubuhan OSC ini dilihat dapat menyelesaikan masalah kekurangan pekerja asing di Sabah dengan berkesan.


Katanya, ketika ini, majikan yang memohon pekerja asing terpaksa mengambil masa lebih setengah tahun untuk dipanggil temuduga.


“Temuduga itu pula, turut melibatkan pelbagai agensi seperti Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).


“Keadaan itu terlalu menyusahkan bagi majikan yang memerlukan pekerja asing dengan kadar segera,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.


Malah, katanya, terdapat jabatan berkenaan juga tidak memahami sepenuhnya permintaan atau bilangan buruh asing yang diperlukan sesetengah industri, terutamanya dalam sektor perladangan kelapa sawit.


Lo berkata, sekiranya jabatan berkaitan ini tidak memahami sektor berkenaan, sukar untuk memenuhi permintaan pekerja asing semasa temu duga untuk proses kelulusan.


Beliau percaya penubuhan OSC dapat memudahkan prosedur dan mempercepatkan lagi proses kelulusan bagi pengambilan buruh asing yang sah.

— Hamzah Sanudin

Exit mobile version