Site icon Sabah Baru News

GRS bersedia hadapi PRU15 – Hajiji

Ketua Penerangan GRS Joniston Bangkuai berkata ada kawasan Parlimen di Sabah dan Sarawak lebih luas berbanding sebuah negeri di Semenanjung.

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya parlimen dan akan mengadakan mesyuarat secepat mungkin bagi memuktamadkan peruntukan kerusi dalam kalangan parti komponennya.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor berkata, semua parti komponen GRS bersatu hati dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan sudah mencapai beberapa persetujuan termasuk menggunakan simbol bersama.

Hajiji berkata, jentera pilihan raya GRS di peringkat negeri dan parlimen sudah bersedia untuk diaktifkan semula dan semua parti komponen juga telah membuat persiapan masing-masing dalam semangat GRS yang sebenar.

Hajiji Haji Noor

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Hajiji yang merupakan Pengerusi GRS mengulangi bahawa Kerajaan Negeri GRS-BN sekarang masih mempunyai tempoh tiga tahun untuk berkhidmat, justeru pembubaran tidak diperlukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri hari ini mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15.

Beliau juga berkata, semua negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor dinasihatkan supaya turut membubarkan DUN masing-masing supaya pilihan raya negeri mereka dapat diadakan serentak dengan PRU15.

Sementara itu, Ketua Menteri telah mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan dan jawatankuasa bantuan bencana turun padang bagi menangani dan menilai kerosakan akibat banjir yang menenggelamkan beberapa bahagian Kota Kinabalu dan pinggir bandar semalam.

Beliau telah mengarahkan semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah berwaspada sepenuhnya bagi menghadapi cuaca buruk yang mungkin akan menyebabkan lebih banyak banjir dan mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati.

wartaoriental

Exit mobile version