Site icon Sabah Baru News

RPH terima sumbangan bernilai RM50,000

RANAU: Sejumlah RM50,000 peruntukan khas disumbangkan kepada Rumah Putera Harapan (RPH) bagi kerja-kerja penambahbaikan kemudahan serta pengurusan.


Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun berharap sumbangan berkenaan mampu membantu pihak RPH dalam menambah baik pengurusan dan pentadbiran bagi mengelola rumah anak yatim itu.


Beliau berkata demikian ketika merasmikan surau RPH dan seterusnya berbuka puasa dengan pengurusan dan pelajar-pelajar RPH serta para jemputan lain pada Sabtu, di Kampung Lohan Skim 2.


Hadir sama pada majlis tersebut adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Datuk Amisah Yassin, Pengerusi PELADANG Kinabalu Ranau Datuk Faimin Kamin, Pengerusi RPH Sunoto Yahmin, Pengurus RPH Ranau Mohd Sabri Abdulla serta tetamu kehormat yang lain.


Sepanjang bulan Ramadan ini, RPH aktif menganjurkan aktiviti keagamaan termasuk Solat Sunat Tarawih bagi memupuk ikatan Silaturrahim dan ukuwah untuk masyarakat sekitar serta pelajar RPH.
 

— Yap Siong Han

Exit mobile version