Site icon Sabah Baru News

Syamsul, Puteri Sarah tidak jadi cerai hari ini

Syamsul Yusof tidak melafazkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah. – Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini pada Selasa, dikejutkan dengan pengarah filem ‘Mat Kilau’ Syamsul Yusof tidak melafazkan perceraian terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin, peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif berkata, usaha untuk menyelesaikan masalah rumah tangga pasangan ini secara baik tidak berjaya.

Akberdin berkata, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof dan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin telah berbincang mengenai terma-terma perceraian, namun mereka tidak mencapai persetujuan.

“Maka anak guam saya mahu meneruskan prosiding permohonan lafaz cerai dengan membaca laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP),” katanya. – Sinar Harian

AWANI

Exit mobile version