Site icon Sabah Baru News

Norazura kini Pengerusi Jawatankuasa Penaja Wanita Gagasan Rakyat Kundasang

RANAU: Norazura Salim dipilih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penaja Wanita parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Kundasang, dalam satu mesyuarat , di sini baru-baru ini.


Norazura menzahirkan rasa syukur atas pelantikan ini dan berharap semua jawatankuasa memberikan kerjasama yang padu demi parti.


Katanya, semua yang terpilih dalam jawatankuasa diharapkan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan oleh pucuk pimpinan.


“Kita juga akan mengadakan pelantikan ahli jawatankuasa di peringkat induk dan kepimpinan akar umbi setiap cawangan dalam masa terdekat.


“Saya mengharapkan barisan jawatankuasa penaja yang dibentuk ini dapat bekerjasama dalam satu pasukan bagi memastikan perancangan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya,” katanya.


Terdahulu, Timbalan Pengerusi disandang, Kasmawati Parais Abdullah; Setiausaha, Zita Fedilis; Bendahari, Sabarinah Awok Maritin dan Ketua Penerangan, Missi Sambulang.

— Hamzah Sanudin

Exit mobile version