Site icon Sabah Baru News

Anak yatim tidak seharusnya rasa tersisih dalam masyarakat: Jonathan

RANAU: Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin mengharapkan anak-anak yang tinggal di rumah anak yatim agar tidak rasa tersisih dalam masyarakat.


“Jangan rasa tersisih atau terpinggir oleh masyarakat berikutan masih ramai insan yang menyayangi kanak-kanak ini,” katanya.


Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis berbuka puasa bersama 45 anak yatim dari Rumah Anak Yatim (RAY) Kampung Silad Ranau.


Dalam majlis terbabit Jonathan menyampaikan sumbangan RM5,500 yang diedarkan sebanyak RM100 seorang kepada anak yatim serta RM1,000 untuk RAY manakala RM10,000 akan disalurkan kepada RAY apabila dana fasa dua Parlimen diperoleh tahun ini.


Sementara itu Pengurus RAY Mohd. Hainin @Gentala merakamkan penghargaan dengan sumbangan serta kesediaan Jonathan menyantuni anak-anak yatim berkenaan.


“Sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban anak-anak dan seluruh warga RAY,” katanya.


Jonathan juga berharap agar Hainin kekal tabah menyelia kanak-kanak di rumah anak yatim ini.


“Berilah mereka kasih sayang, asuhan akhlak yang terbaik, didikan agama serta pendidikan akademik sebaik mungkin bagi membolehkan mereka menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa akan datang.


“Kita juga berterima kasih dengan Hainin dan pihak pengurusan RAY kerana mentadbir rumah ini dengan baik,” katanya.

— Vivi Olviana Najurus

Exit mobile version