Site icon Sabah Baru News

Dhabitah nikah pelawak Jiggy

Dhabitah difahamkan bernikah pada Jumaat lalu.

PETALING JAYA – Atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pelawak, Jiggy Masin.

Difahamkan atlet berusia 23 tahun itu, diijabkabulkan bersama pasangannya, Jiggy Masin pada hari Jumaat yang lalu dengan sekali lafaz.

Jiggy Masin dipetik media berkata, dia dan Dhabitah tidak berniat untuk merahsiakan majlis perkahwinannya, cuma menunggu masa yang sesuai untuk berkongsi berita mengujakan itu.

Di Instastory Jiggy dia mengulang siar ucapan tahniah rakan-rakannya mengenai perkahwinannya dengan ratu terjun negara itu.

Jiggy merupakan seorang duda dilaporkan pernah berkahwin dengan seorang pengacara sebuah stesen televisyen swasta.

KOSMO! ONLINE

Exit mobile version