Site icon Sabah Baru News

Annuar Musa dijangka sertai PAS

ANNUAR Musa. FOTO arkib NSTP 

Ditanya sama ada bekas pemimpin Umno yang bakal menyertai PN itu akan diberikan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti, Takuyuddin berkata, perkara itu bergantung kepada keadaan.

“Proses pertama adalah kemasukan mereka dalam PN dan sama ada mereka akan diberi kerusi adalah proses kedua.

“Bagaimanapun saya pasti akan ada dalam kalangan mereka yang akan diberikan kerusi untuk PRN nanti,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan Khairy ada memberi maklum balas kepada tawaran yang dibuat PN.

“Beliau memaklumkan akan bersama dengan kita namun tidak dinyatakan secara spesifik. Beliau memaklumkan tidak akan bersama dengan Umno dan PH.

“Justeru, kita jangka beliau akan bersama dengan kita,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Annuar menafikan sudah bersara daripada arena politik tanah air sebaliknya menegaskan akan lebih aktif selepas ini.

Beliau yang juga bekas Setiausaha Agung Umno bagaimanapun berahsia mengenai parti mana yang akan disertainya, namun akan memilih parti yang ‘berhaluan baik’.

hmetro

Exit mobile version