Site icon Sabah Baru News

Tahanan Palestin maut di penjara Israel selepas mogok lapar 87 hari

Adnan berulang kali ditahan oleh tentera Israel dan beliau melancarkan beberapa mogok lapar sebagai membantah penahanannya. – Gambar fail/Reuters/Abed Omar Qusini

RAMALLAH: Tahanan Palestin Khader Adnan meninggal dunia pada Isnin di penjara Israel selepas 87 hari melancarkan mogok lapar, menurut kenyataan bertulis oleh kumpulan Jihad Islam Palestin pada Selasa.

“Khader Adnan mati syahid akibat jenayah yang dilakukan oleh musuh,” katanya.

Beliau berkata rejim Israel akan menanggung akibatnya, lapor Agensi Anadolu.

Pada 23 April, Persatuan Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata mahkamah tentera Israel baru-baru ini menolak permintaan peguamnya supaya beliau dibebaskan dengan ikat jamin semasa hari ke-78 mogok laparnya.

Adnan berulang kali ditahan oleh tentera Israel dan beliau melancarkan beberapa mogok lapar sebagai membantah penahanannya.

Pada 2012, Adnan melancarkan mogok lapar selama 66 hari yang memaksa pihak berkuasa Israel membebaskannya dan melancarkan mogok lapar yang sama pada 2015 dan 2018. — BERNAMA

AWANI

Exit mobile version