Site icon Sabah Baru News

PM kekal pendirian tak benar pengeluaran KWSP, yakin akan dipolitik pada PRN

SHAH ALAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan rakyat membuat pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Walaupun tindakan sebaliknya iaitu membenarkan pengeluaran KWSP akan dianggap popular, namun katanya ia bukan jalan penyelesaian kepada rakyat.

“Saya faham desakan yang berlaku namun jalan keluarnya bukan memaksa mengeluarkan KWSP.

“Saya percaya isu ini akan dipolitikan oleh pihak pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, namun saya tidak gusar,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian bangunan ibu pejabat baharu KWSP di Kwasa Damansara, di sini

Berita lanjut menyusul…

-astroawani

Exit mobile version