Site icon Sabah Baru News

Kerajaan Perpaduan akan kekal utuh: Jeffrey

Kota Kinabalu: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kekal utuh, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Jeffrey, juga timbalan pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata keadaan sekarang lebih baik dan tidak seperti tahun-tahun ketidaktentuan sebelumnya.


“Saya melihat kerajaan (Persekutuan) ini lebih kuat dan disokong oleh semua masyarakat, dan ia juga inklusif dan pelbagai…dan saya fikir ia akan kekal,” katanya selepas tayangan khas filem “Tribesman: The Last Red Hunter”, di sini , Rabu.


“GRS menyokong penuh Kerajaan Perpaduan, dan kami percaya bahawa keadaannya tidak seperti empat tahun lalu – keadaan sekarang berbeza kerana Kerajaan Perpaduan merangkumi semua orang.”

Tambahan pula, katanya, undang-undang anti lompat parti diwujudkan, mengukuhkan kerajaan.


Ketika ditanya mengenai enam pilihan raya negeri di semenanjung, beliau berkata beliau tidak berminat untuk mengulas mengenainya.
“Kami masih mempunyai dua tahun lagi di Sabah, dan kami akan menghabiskannya (penggal),” katanya.


 Sebelum ini, dilaporkan Anwar telah mencabar pihak yang mahu menjatuhkan Kerajaan Persekutuan supaya membuat undi tidak percaya terhadapnya semasa persidangan Parlimen 22 Mei akan datang.

— Ricardo Unto

Exit mobile version