Site icon Sabah Baru News

Annuar rasmi dewan terbuka Gereja Katolik St Raymond Kg Bulu Silou

KENINGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman diberikan penghormatan merasmikan Bangunan Dewan Terbuka Mesra Alam, Gereja Katolik St Raymond Kg Bulu Silou Keningau baru-baru ini.

Perayaan tiga dalam satu itu melibatkan Pemberakatan dan Perasmian Dewan Mesra Alam Komuniti Umat Katolik (KUK) Kg Bulu Silou, Perayaan Santo Penaung Gereja St Raymond dan Penghargaan kepada Katekis Zon Bulu Silou.


Annuar yang juga Pengerusi Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) dalam ucapannya menekankan bahawa perbezaan agama bukanlah jurang pemisah kepada rakyat di negeri ini dalam meraikan satu-satu perayaan.


“Tidak kira di mana pun sebagai pemimpin kita perlu sensitif dalam menjaga keharmonian berbilang bangsa dan agama,” katanya.


Beliau turut memuji usaha KUK Kg Bulu Silou dalam menjayakan pembinaan dewan terbuka itu dan majlis pada hari itu.

— Kenneddy Corlleus

Exit mobile version