Site icon Sabah Baru News

MA63: Tanah tidak dimajukan dikembalikan semula kepada Sabah dan Sarawak – Fadillah

KOTA KINABALU, 15 Mei: Tanah yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan di Sabah dan Sarawak namun tidak dimajukan akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri, kata Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat perundingan Sekretariat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kata beliau, pengambilan semula itu meliputi tanah yang diambil dan dibayar pampasan namun tidak dimajukan dalam tempoh lima tahun.

“Pampasan akan dibayar mengikut kadar ditentukan oleh Kerajaan Sabah dan Sarawak,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Penghargaan Lembaga Koko Malaysia dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kota Kinabalu, di sini hari ini.

Sebelum ini, Fadillah berkata, Sabah dan Sarawak berhasrat agar kesemua tanah itu dikembalikan semula supaya dapat dimajukan oleh kerajaan negeri.

Ia melibatkan tiga kawasan di Sarawak dan dua di Sabah. -TVS

Exit mobile version