Site icon Sabah Baru News

Hajiji tinjau penggunaan Sistem Persidangan Digital DUN Sabah

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor meninjau penggunaan Sistem Persidangan Digital yang akan digunakan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di bangunan DUN Sabah di sini hari ini.

Sistem baharu itu akan digunakan pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat DUN Ke-16 yang dijadualkan pada minggu hadapan.


Lebih 70 ‘touch-screen tablets’ dipasang untuk kegunaan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menerusi kerja menaik taraf sistem persidangan semasa kepada sistem persidangan digital tanpa kertas (paperless conference system).


Hajiji diberi taklimat dan cara penggunaan sistem itu oleh Jurutera (Elektrikal) Jabatan Kerja Raya (JKR) Lornetha Daim. Mengiringi Hajiji ialah Speaker DUN Sabah Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya dan Setiausaha DUN Sabah Rafidah Maqbool Rahman.

Exit mobile version