Tindakan menjual semula tiket konsert Coldplay pada harga berlipat kali ganda daripada harga asal mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
KUALA LUMPUR: Tindakan menjual semula tiket konsert Coldplay pada harga berlipat kali ganda daripada harga asal mendapat perhatian Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
Beliau secara terbuka membidas pihak yang meraih keuntungan itu di akaun Twitter peribadi beliau, hari ini.
“Ini keterlaluan – isu tiket di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
“Insya-Allah saya bangkit dengan menteri Salehuddin Ayub,” katanya dalam hantaran tersebut.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan terdapat pihak yang membeli tiket konsert Coldplay “Cat 1” yang harga asalnya sebanyak RM1,288 dijual semula pada harga RM43,200.
Ada pembeli yang menjual semula tiket di di platform dalam talian Mudah dan Carousell pada harga berkali-kali ganda berbanding nilai asal.
Tinjauan mendapati terdapat individu dipercayai kumpulan ‘scalper‘ atau pembeli tiket hantu menjual semula tiket konsert siri jelajah Coldplay iaitu Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Bukit Jalil pada 22 November depan.
Konsert kumpulan muzik tersohor dari United Kingdom itu mendapat sambutan luar biasa sebaik dibuka untuk jualan kepada umum pada Rabu.
Astro AWANI melaporkan, tiket konsert kumpulan itu habis dijual pada Rabu, sehari selepas jualan dibuka khusus untuk pengguna kad CIMB.
Salah satu penganjur konsert, Live Nation mengumumkan penjualan tiket ditutup kira-kira 1 tengah hari Rabu, iaitu kurang empat jam selepas jualan umum dibuka pada jam 10 pagi.
— AWANI