Site icon Sabah Baru News

Annuar Musa sah sertai PAS

KUALA LUMPUR: Selepas enam bulan dipecat daripada UMNO, bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini mengesahkan beliau sudah membuat permohonan untuk menyertai PAS.

Menurut Annuar, tempoh enam bulan tidak berparti itu digunakannya untuk berfikir secara mendalam memerhatikan arus dan pola politik negara tanpa dipengaruhi emosi dan sentimen.

“Saya ingin menjelaskan kenyataan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) yang menyatakan saya antara 10 individu yang telah mengisi borang membuat permohonan untuk menyertai parti PAS.

“Saya nak membuat pembetulan kepada kenyataan tersebut, kenyataan itu menyebut saya dan 10 orang, sebenarnya bukan 10 tetapi lebih daripada 10,000 orang bersama-sama saya,” katanya pada Majlis Aidilfitri Muafakat Nasional, di sini, pada Sabtu.

BERITA LANJUT MENYUSUL

-astroawani

Exit mobile version