Site icon Sabah Baru News

120 Rumah SMJ dan RM1.2 juta untuk padang trek sintetik Papar

PAPAR: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof bersama ribuan pengunjung hadir pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Papar Datuk Armizan Mohd Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang Datuk Ghulam Haidarkhan Bahadar di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Hajiji dan Fadillah menyaksikan simbolik penyerahan kunci replika Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) sebanyak 120 unit untuk dibina di Parlimen Papar.


Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Panglima Safar Untong menyerahkan kunci berkenaan kepada Pegawai Daerah Papar Mohd Fuad @ Frederick Julianus Atik.
Safar turut menyerahkan replika cek bernilai RM1.2 juta untuk pembinaan padang trek Sintetik Papar.


Sebelum itu di Kota Kinabalu, Hajiji bersama Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri bersama Kakitangan Perkhidmatan Awam Persekutuan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan Negeri.


Hadir sama ialah dalam majlis itu ialah Armizan, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Kadzim Yahya, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Persekutuan Datuk Dr Zulkapli Mohamad, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun serta tetamu kehormat yang lain.


Terdahulu, Fadillah yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi tiba di Kota Kinabalu pada jam 2.30 petang semalam. 
Beliau yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Jawala Corp., Tan Sri Abdul Majid Khan tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) menggunakan pesawat khas.

— Yap Siong Han

Exit mobile version