Site icon Sabah Baru News

GRS-BN-WARISAN Saling Bersaing Rapat

SIKAP pengundi begitu cepat berubah, jika sebelum pembubaran parlimen, jangkaan, jika tiada pertembungan antara GRS dan BN, maka dua blok parti itu akan menang sekurang-kurangnya 20 kawasan parlimen daripada 25 yang dipertandingkan, namun kini, belumpun dimuktamadkan agihan kerusi antara dua blok parti itu, hanya berasaskan desas desus, timbul pula sikap baharu pengundi yang berkecenderungan, agar tiada mana-mana blok parti menjadi dominan, ertinya kemungkinan besar, komposisi kerusi yang dimenangi masing-masing parti hampir sama banyak termasuklah Warisan.

Mungkin pandangan ini, tidak dapat diterima oleh kebanyakkan pemimpin samada daripada GRS mahupun BN, kerana mungkin mereka berasaskan laporan daripada “war room” masing-masing yang menyatakan sebaliknya.

Namun penulis, masih percaya, selepas keputusan pilihan raya, akan dapat dilihat, kerusi yang dimenangi 3 blok parti itu hampir sama, manakala Pakatan Harapan (PH) menerusi DAP dan PKR akan menang kerusi tradisi parti itu, kecuali Tenom dan Putatan.

Untuk sementara, sebelum penamaan calon, nampaknya, Warisan masih boleh menang dikawasan-kawasan yang dimenangi pada PRU-14, kecuali Kota Belud dan Papar, akan tetapi menang di Kudat dan Tenom.

Sikap pengundi Sabah memang sungguh dinamik atau cepat berubah berasaskan pada keadaan semasa.

Mungkin pengundi Sabah, mahu kekal sebahagian daripada mana-mana blok parti di Semenanjung yang bakal menubuhkan kerajaan pusat, kerana dengan cara demikian, tidak membantut aliran peruntukan Persekutuan ke Sabah.

Pengundi Sabah mahu melihat seperti GPS Sarawak, yang menjadi anak bulan pada mana-mana blok parti di Semenanjung, kerana gabungan itu boleh membuat keputusan sendiri, berbeza dengan blok parti di Sabah, yang masih terikat dengan blok politik di Semenanjung.

Pengundi Sabah tidak mahu mengambil risiko, melainkan perlu bersama-sama dengan mana-mana blok politik di semenanjung, tidak kira apa kah menerusi Warisan, GRS mahupun BN.

Mungkin ada pemimpin Sabah telah merasakan aliran pemikiran pengundi negeri ini, seperti mana ditunjukkan pada PRN-16 Sabah. Pada PRN tersebut, keputusan antara GRS-BN-Warisan hampir seimbang, walaupun GRS-BN menang 38 berbanding Warisan Plus 32.

Apapun keputusan sangat bergantung pada gerak kerja masing-masing semasa berkempen. Jika GRS-BN dapat bergerak secara TOTAL sebagai satu pasukan, tiada unsur sabotaj atau merajuk atau kecil hati, ada kemungkinan juga jangkaan awal, bahawa dua blok parti itu boleh menang sekurang-kurangnya 20 kerusi. Persoalannya boleh kah? terutama dikalangan komponen GRS sendiri, yang mahu bertanding kerusi lebih, akan tetapi tidak tercapai hasrat? dan isu ini boleh menjadi faktor penghalang kepada kemenangan. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat merupakan penulis dan pemerhati politik Sabah. Artikel ini adalah pandangan beliau dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Sabah Baru News

Exit mobile version