Site icon Sabah Baru News

PRN: Tidak ada logo DAP, UMNO kata Ahmad Maslan

Ahmad bercakap pada sidang media sempena majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini. – Foto Sinar Harian


PUTRAJAYA:
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan tiada logo DAP dan UMNO dipaparkan pada kertas undi dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Sebaliknya kata Ahmad, PRN menyaksikan pertandingan tiga kumpulan parti terbesar iaitu BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

“Saya ingin beri kefahaman bahawa tidak ada logo DAP dan UMNO pada kertas undi kerana kita bertanding itu dalam kumpulan,” katanya menerusi sidang akhbar sempena majlis pelancaran Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kompleks Kementerian Kewangan, dekat sini pada Jumaat. – Sinar Harian

AWANI

Exit mobile version