Site icon Sabah Baru News

“Saya bertanding PRN? Tidak benar!” – Nurul Izzah

Nurul Izzah Anwar berkata beliau tetap komited dengan peranannya sebagai pengerusi bersama dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican. – Foto fail/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.

Sebaliknya katanya, beliau tetap komited dengan peranannya sebagai pengerusi bersama dalam Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang diketuai Tan Sri Mohd Hassan Marican.

“Tidak benar, saya menggesa pihak media supaya bertanggungjawab dalam laporan mereka dan tidak mempercayai dakwaan tidak berasas,” katanya dalam ciapan Twitter, pada Rabu.

Sebelum ini sebuah portal tempatan yang memetik sumber melaporkan, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dijangka bertanding dalam PRN Pulau Pinang dan akan dilantik ke jawatan penting sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa.

Dalam ciapan sama, anak sulung kepada perdana menteri itu turut berkongsi hashtag #TakPastiJanganKongsi. 

AWANI

Exit mobile version