Site icon Sabah Baru News

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah flat terkunci di Sandakan

SANDAKAN: Seorang lelaki berusia 50 tahun ditemukan telah meninggal dunia dalam satu unit rumah flat yang terkunci di sini kemarin.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah memaklumkan, mangsa ditemukan setelah pasukan bomba membuka pintu rumah yang terkunci itu atas permintaan pihak polis.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan menerima panggilan kecemasan daripsda pihak polis yang memohon bantuan membuka pintu itu pada jam 2.21 petang.

Sepasukan anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Haris Mustapha yang tiba di lokasi berjaya membuka pintu grill menggunakan peralatan khas iaitu power saw dan mendapati seorang penghuni berada di dalam rumah yang kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.

Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. 

Operasi ditamatkan pada jam 2.48 petang.

wartaoriental

Exit mobile version